Blog aku..so aku punye suke lah!

semalam adalah sejarah, esok adalah impian, hari ini adalah kenyataan.....
-Wai-
Assalamu'alaikum... nak mintak tolong sikit boleh tak? tolong ingatkan aku.. andai aku terlupakan Tuhan.. dalam kelapangan dan kesibukan.. dalam kesenangan dan kesusahan.. tolong ingatkan aku.. jangan jadi anak derhaka.. mak ayah dilupakan jangan.. usah diluka hati dan perasaan.. tolong ingatkan aku.. supaya ingat pesanan guru.. bukan sekadar peringatan.. tapi tarbiyah berpanjangan.. tolong ingatkan aku.. dengarlah dan bacalah al-quran.. tika radio penuh hiburan.. tika tv penuh hindustan.. tolong ingatkan aku.. di mana islamnya zahirku.. jika aurat didedahkan.. disingkat, diketat dan dijarangkan.. tolong ingatkan aku.. jadilah sahabat yang baik.. sentiasa memberi peringatan.. sentiasa menerima teguran.. tolong ingatkan aku.. kalau bercinta biar keranaNya.. dalam memilih utamakan Iman.. kelak ikatan dihindari syaitan.. tolong ingatkan aku.. hidup ini satu kembara.. kutiplah mutiara dalam perjalanan.. moga di sana menjadi bekalan.. tolong ingatkan aku.. diri ini milik Yang Kuasa.. kepadaNya jiwa diserahkan.. segala-galanya Dialah tumpuan.. tolong ye ingatkan aku... terima kasih, wassalam....





   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Me
NaMe: WaI
DoB: 17th October 1982
FrOm: BanDar Ikan PatiN
Student of: x-UiTM IS220-D-2003-2005,IS110-D-2000-2003
EmaiL: dr_Wai@rocketmail.com
YaHoo id: wai_on_7 (add me lah!)


-=temerloh-shah alam-kl-temerloh=-

Itu Aku...
~tadika islam temerloh~
~sek.keb.bandar temerloh~
Kem Integrasi KetuaČ Murid 1994 Gebeng Kuantan
~sek.men.(a)alkhairiah temerloh~
MASISUPA 1998 Al Wosto (forum)-2nd
Program Usahawan Muda 1998 Gebeng
MASISUPA 1999 Rompin (forum)-Last (huhuhu..)
Forum Remaja Peringkat Daerah 1999 -2nd
~universiti teknologi mara shah alam~
~universiti teknologi mara puncak perdana~
~MARA~



Aku Tengok Cite
HarGa Diri
. IndOn. TV3. 2.00pm-2.30pm. isnin-kamis
Nur KaSih. MelaYu. TV2. 2.30pm-3.30pm. isnin-rabu dah habis
PoBre DiaBla. Venezuela. TV3. 3.30-4.30pm. isnin-rabu
Apa KaTanYa CinTa. IndOn. TV3. 4.30-5.30pm. isnin-rabu
God Of HonOUr. Cine. TV3. 6.00pm-7.00pm. isnin-jumaat<---cite ni dah nak abis! dah habis pon dah!
KiraNYa ku Tahu. MelaYu. TV3. 7.00pm-7.30pm. isnin-kamis habisss!
RinDU seMakin Jauh. MelaYu. TV3. 10.30pm-11.00pm. selasa-kamis
Legal Entanglement. Cine. TV3. 6.00pm-7.00pm. isnin-jumaat
Sumayyah. Melayu. TV1. 7.30pm. rabu sahaja.
Black Sash. Omputeh. TV3. 9.30pm-10.30pm. rabu shj.
Jake 2.0. OMputeh. TV3. 9.30pm-10.30pm. jumaat shj.
Permata. Melayu. TV3. 7.00pm-7.30pm. isnin-kamis
Present. Korea.(ulangan) TV3. 12.30-1.30pm. isnin-kamis
Gilmore s. Omputeh. TV8. 9.45pm-10.45pm. selasa
Sephia. Melayu. TV3. 10.30pm-11.00pm. selasa-kamis
Burning Flame II. Cino. TV3. 6.00pm-7.00pm. isnin-jumaat
BiTuin. PiLipino. TV2. 2.30pm-3.30pm. isnin-jumaat
The Apprentice 3. Omputih. TV3. 11.00pm-12.00am. ahad
America's Next Top Model 3. Omputih. TV8. 10.00pm-11.00pm. selasa
Jewel In The Palace. Korea. TV8. 8.30pm-9.30pm. isnin-jumaat
Sayang Nenek. Melayu. TV2. 6.30pm-7.00pm. ari ari
Puteri. Melayu. TV3. 10.00pm-10.30pm. Rabu
Konsert Akademi Fantasia 3. Melayu. Astro. 8.30-11.00pm
Tru Calling. Omputeh. TV3. 10.00pm-11.00pm. Ahad
Desperate Housewives. Omputeh. TV8. 10.00pm-11.00pm. Selasa
Naruto. Jepon (katon-alihbahse). TV3. 7.00pm-7.30pm. Khamis
Vigilante Force. Cino. TV3. 6.00pm-7.00pm. Isnin-Jumaat
John Doe. Omputeh. TV3. 9.30pm-10.30pm. Khamis
To Get Unstuck in Time. Cino. TV3. 6.00pm-7.00pm. Isnin-Jumaat
Ugly Betty. Omputeh. TV8. 9.30pm-10.30pm. Selasa
Desperate Housewives.Season 3.Omputeh. TV8. 10.30pm-11.30pm. Selasa
Kyle XY. Omputeh. TV3. 9.30pm-10.30pm. Khamis
Kaizer. Melayu. TV3. 10.30pm-11.00pm. Selasa-Khamis
The Last Breakthrough. Cino. TV3. 6.00pm-7.00pm. Isnin-Jumaat
Bleach. katon Jepun. TV3. 11.00pm-12.00am. Telah ditukar. 12.30am-1.30am.Isnin-Selasa
Mutiara Hati 2. indon. TV9. 5.30pm-6.30pm. Isnin-Sabtu
Mari Mengaji. Melayu. TV9. 6.30pm-7.00pm. Isnin-Ahad
Engine. Jepon. TV8. 6.00pm-7.00pm. Sabtu. Tak sempat tgk ending dia.
Kasih Suci. Melayu. TV3. 10.30pm-11.00pm. Selasa-Khamis
Heroes. Omputeh. TV3. 10.00pm-11.00pm. Ahad sahaja.
Ugly Betty Season 2. Omputeh. TV8. 9.30pm-10.30pm. Selasa sahaja.
Desperate Housewives Year 4. Omputeh. TV8. 10.30pm-11.30pm. Selasa sahaja.
Soleha. Indon. TV9. 5.30pm-6.30pm. Isnin - Sabtu.
Kasih Iftitah. Melayu. TV3. 10.30pm-11.00pm. Selasa - Khamis.
Sinar Qayyum. Melayu. TV9. 11.30pm-12.00am. Selasa je.
Destinasi Bajet. Melayu. TV8. 9.30pm-10.00pm. Rabu sahaja.
Cinta Batu Belah. Melayu. TV3. 4.30pm-5.30pm. Isnin - Khamis .

Sekarang Tengah Membaca
Keledang - A. Samad Said
Mahabbah - Shahnon Ahmad
Harga Sebuah Maruah - Azizi Hj. Abdullah (ni kena tangguh sbb ada mukasurat hilang. haishh...)

Baru Habis Baca Untuk Tahun Ini
Karbala - Faisal Tehrani
Tawassul - Isa Kamari
Detektif Indigo Kembali - Faisal Tehrani
Sangeetha - Azizi Hj. Abdullah
K-Eight - Sindiket Soljah
9! - MPR
Ikan Fugu, Lukisan & Jimson - Faisal Tehrani
Justeru Impian Di Jaring - Zaid Akhtar
Memoir Seorang Guru - Azizi Hj. Abdullah
Tukcai - Azizi Hj. Abdullah
Puisi Untuk Esdyzuar - Nisah Haron

Mata MeliHat Otak Menafsir
  • Abdullah Hussin
    Imam
    Interlok
  • Azizi Hj. Abdullah
    Beruk
    Seorang Tua Di Kaki Gunung
    Kawin-Kawin
  • Shahnon Ahmad
    Ranjau Sepanjang Jalan
  • Ujang
    Jibam
  • Hamka
    Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick
  • Khadijah Hashim
    Di Ruang-Mu Aku Di Sini
    Mencari Azizah
  • Faisal Tehrani
    Manikam Kalbu
    Tuhan Manusia
    Bedar Sukma Bisu
    Kekasih Sam Bo Po
    Bila Tuhan Berbicara
    Advencer Si Peniup Ney
    Kombat 1515[H]
    1511
    Detektif Indigo
    Cinta Hari-Hari Rusuhan
  • Isa Kamari
    Memeluk Gerhana
    Atas Nama Cinta
  • Zaid Akhtar
    Rona Bhosporus
    Sesegar Nailofar
  • Sinaganaga
    You Want A Gum, Sol-jah?
  • Abdul Talib Mohd Hassan
    Saga
  • Ramlee Awang Murshid
    Satu Janji
  • Ahadiat Akashah
    Hikayat Cinderella
    Lagenda Budak Setan
    Budak Rap 1,2,3
    Joy 1,2,3
    Aku, Rhapsody dan Biru's
    Sepasang Jeans Biru
  • Aznil Haji Nawawi
    Yo! It's Me!
    Mr. X
  • Zuraidah Othman
    Pearl, Piah
    Jangan Ada Benci
    Anak Antu
    Kasih Seimbas Pandang
  • Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman
    Pilot Cafe
  • Sinaganaga & Tok Rimau
    Ayah Kita Boss
  • Faisal Tehrani & Saharil Hasrin Sanin
    Lagi Cerpen-Cerpen Underground


    Aku Selalu Baca Blog ManusiaČ Kat Bawah
    [emy] [kakleli] [ronn] [imm] [jan] [alsulltan] [jiman] [maz] [akirasuri] [dadasweet] [faisaltehrani] [azizihj.abdullah] [joe] [iza my twin] [sarah] [aini] [meenah] [casey&ben] [pipiyapong] [choco]

    Aku Selalu Mengklik Sini
    ~Faisal Tehrani Online~
    ~Tambang Murah~
    ~Jom Blajo Jom!~
    ~UiTM diHatiKu~
    ~Cari Kerja~
    ~Taipunk~
    ~Beli Buku~
    ~PEMBELA~
    ~SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA USTAZ ZAHARUDDIN~
    ~MarI MenDowNLoad Lagu Di Sini!~
    ~PROJEK TABUNG AYAM~
    ~MINDA MUFTI~

    Hidup ini susah, dan kerana susahnya hidup ini engkau dan aku belajar menjadi manusia.- Faisal Tehrani-Cinta Hari-hari Rusuhan

    Blog ini telah dilihat sebanyak
    web counters
    kali. Kiraan bermula dari 25 September 2006 bersamaan 2 Ramadhan 1427H.


  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    rss feed
    Thursday, October 23, 2008
    last?

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 9.54pm
    Tar
    ikh: 23 Oktober 2008 / 23 Syawal 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: Sejukss!! Ujan..air dah naik dah!!
    Keadaan diri aku: Occay~!!
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Aku tak tau. Apa masalah kawan aku yang sorang ni. This is not her first attempt. Dan sebab itu aku tak paham. Hawatnya la hang ni? Desperate sangat ka nak jadi laki? Ke desperate sangat nak ber laki? Memang la aku tak paham.  Ko nak gurau, aku tak kisah. Gurau la sampai tahap masuk dalam kubur pun. Aku pedulik ape kan? Tapi, cara ko tu macam ko ni desperate sangat. Desperate tau tak? Kadang tu, kesian pon ada kat dia ni. Pesal ntah. Balik2 cara tu jugak. Aku kesian tau kat ko. Sumthing wrong sumwhere ke? Aku ada buat dose kat ko ke? KE ko ada jeles ke dgn aku? Watever it is, jika ianya berlaku lagi utk kali ketiga, aku akan sahkan, ko mmg ada masalah jiwa. Dan ingat, mcm mana pon cara ko nak buat, aku still boleh tau. Sixth sense aku cukup bagus. Aku tak tau kalau dgn cara ini dia nak melepaskan tension. KO tension ke kawan? KO tension sbb keje ke?  Sbb tak nampak mcm tension, nampak mcm desperate. DESPERATE la wei..mcm desperate housewives tu. ... tapi at least cite tu kronologi dia mmg bagus. ..cite tu ntah bile la nak sambung. Lame dah tunggu ni haa... Pada engkau yang aku tak payah la nak mention nama, no ic, no tepon, dan aku tau, engkau baca blog aku ni. Tolong la jangan  biarkan nanti aku tengok engkau, macam orang-orang lain tengok engkau. Case closed.

    Oh Ye, emy, aku komen kat blog aku ni boleh? hahaha...TENGKIYU EMY!! TENGKIYU Sebab letak gambar kawan kite!! Gambar yg kuar dlm NST tu yg kuar dlm metro gak. Tapi kan emy, nanti, ko benti la bile nak amik gambar kat billboard tu. Kasi clear sket. Hahaha... TENGKIYU EMY!!!

    ErM...ape guna ko jadi pembuat bunting, kalo ko tak reti nak buat? BODO La cine tu. Bodo. Tau? Bodo. Aku pernah duduk sebelah sorang brother ni, masa buat satu banner dulu. Dan masalah pecah2 gambar tu, brother ni penah setel. BOLEH SETEL la bodo! Aku pon dulu design pakai word je. Brother tu boleh je setel. BOLEH JE LA! BOLEH JE. MEmang dasar la ko tu  bodo. Pastu cas lebih. Konon cas lebih sbb nak cepat. Pastu kata byk sangat la ape la.. weh, kalo gitu, ape guna title graphic designer ko tu? PEpandai la ko adjust. ADJUST la sendirik. Mana yg rasa kureng, buang la.... Aku dah kata, yang penting, wording tu. ITU je. Kalo tak, baik aku yg buat sume. ADusssssssssssssssssss!! MOralnye, lenkali toksah tempah kat cine tu dah. Lepas tu, BIAR AKU YG PEGI SENDIRI. Aku boleh duduk tengok ko design satu hari suntuk. Aku tak kisah. ISk Isk isk..emy, nanti aku ingat nak bukak bisness printing kat daerah aku ni. 24 hours operasi. Amacam? Nak jadi bisnes partner tak? Kat situ nak jual kek lapis pon boleh gak. hahahha...

    ErM. esok sultan aku punye besdei. Dan esok gak, aku kene keje. GRRRRRRRRRRRRRR!! Ini bukan kali pertama aku bekerja pada hari CUTI UMUM. Fuh!! MMg berkhidmat utk masyarakat betol la aku ni ye. Tahniah la utk aku.

    ErM..ape lagi? Hah! Aku ada jumpe. Blog dia ni. Choiiii!!!

    Hujan ni tak berenti-renti ni. Kalo hujan mcm ni, esok, musti air  naik. Naik.. dan naik...

    Oh ye, aku mmg betol betol merasakannya sekarang. Tak best la bila blog ni ada org2 yg kite kenal baca. BOSAN. Kalo member dan sedara mara yg mmg ada ummmpphh!! tu aku tak kisah la. Tapi bile yg suke kecoh sana, kecoh sini, mcm tak best. TAK BEST SBB ADA YG KEPOCHI. Jadi, kalau seandainya ini entri terakhir aku. AKu minta maap bebanyak la ye.

    Pada jun, ingat, senjata kita. DOA.


    Posted at 08:50 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Wednesday, October 22, 2008
    M.A.L.A.S

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 10.08 pm
    Tar
    ikh: 22 Oktober 2008 /  22 Syawal 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: Sejuk sket le. Hujan ni.
    Keadaan diri aku: Okeh!
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Ada keje. Tapi malas. Itu la aku. PEMALAS. Tak patut kan. Bila aku jadi PEMALAS. Tapi biarla aku. AKu PEMALAS buat keje opis di rumah. Jadi , salah ke kalau aku jadi PEMALAS sekarang. Aler. Keje pon itu je. Design itu je. Senang je kan? PEMALAS dan BERLAGAK? Huh..teruk betul .

    Aku tak tau. Ape konspirasi kawan aku n orang itu. APE SEBENARNYE NI? CIte sket boleh? HEh..aku boleh trace la kawan. KO dan Dia ada persamaan. APE CITE ni KAWAN? APe Ni?

    ErM..aku search, pasal program yg aku kena buat. Ape yang aku jumpe? TAKDE APE APE . Lohai...mmg lembab la bahagian promosi ni. LEMBAB OK. BAIK amik aku keje. MEsti aku hebohkan sana sini. APE DAAA...LEMBAB..LEMBAB...cam SIPUT.

    ErM..ape lagi? AKU tengah MALAS betol la. M.A.L.A.S. Keje pon M.A.L.A.S. Makan pon M.a.L.A.S. Woo!! Ye ke malas makan? Hahaha...

    Aku harap, dia n dia berdamai la kembali. Susah wooo aku...susah...wooo...susah....

    Ape ape ntah entri ni. Abaikan. Sbb aku tengah M.A.L.A.S.


    Posted at 09:07 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Wednesday, October 15, 2008
    ITU INI. Begitu. Begini.

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 9.55 pm
    Tar
    ikh: 15 Oktober 2008 / 15 Syawal 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: OK
    Keadaan diri aku: Hampir ok dah.
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    hah..baru perasan. entri sebelum ni, tarikh terawal. Jadi, tarikh utk entri di bawah ni adalah 14 Oktober. Aku malas nak edit.

    Aku membaca, blog si faisal tehrani. Dan entri dia yang bertarikh hari ini, amat-amat menyentuh hati aku. Oh Oh..siapakah si dia penulis sastra islam itu? Ayat terakhir dia, didalam entrinya yang bertarikh hari ini memberi aku hint. Oh oh...apa mungkin sebab itu sampai sekrang aku masih tidak 'terbeli' karya si penulis sastra islam itu? Oh..oh...

    Tiada. Tiada hidangan hari raya di meeting tadi. Yang ada hanya itu, itu dan itu sahaja. Hahha.. Nasib lah. Lain kali harapan jangan setinggi bintang, biar setinggi kelapa pandan sahaja, jika jatuh, sakitnya masih ada, tapi tidaklah begitu terasa.

    Memandu berseorang temerloh-kuantan mmg amat amat membosankan. Tapi pagi tadi tidak membosankan. Aku terlewat. Bukan..bukan terlewat bangun. Bangunnya sudah awal. Cuma jika namanya perempuan, itu ini begitu begini. Sudahnya? 9.30 baru melepasi tol. Isi minyak lagi. Aku pulak sebuk nak isi minyak mcm apa yg di ajar dlm rancangan JOM ROnDa haritu. Lagi lambat. hahaha... Jadi, pecutan harus lebih. Tak boleh berlama-lama. Dan aku sampai ngam2 sebelum meeting bermula. Pehhh!!!

    Sesungguhnya aku merindui. saat berbondong-bondong penuh satu kereta berkursus di kuantan. Dulu. Dulu . Engkau orang berempat itu, dan bila pulangnya engkau orang bertiga itu. Sesungguhnya, itu kenangan terindah. Bersok sek sok sek di dlm kereta. Dan pecutan itu rupanya lebih, bila muatannya penuh. Teori yang tak munasabah kan? hahaha.. betul tak su?

    Ada sms. Bertanya, apa mcm meeting? Dan no, itu, aku tak cam. Lalu aku balas, "Ni no sapolak ni." Terus no itu diam. Lo hai..awatnya chekk? nampak sangat no itu mau korek rahsia. Hahahah...habis la aku . Meeting tadi. HABIS LA AKU. HABIS . HABIS!!!!!!!!!!!!!!! Tapi, berani kerana benar kan... kan? Kan? Heh..

    APECERITA KENGKAWAN BULUHMAS DAN NORADZ KITA?Org melayu mmg MUDAH LUPA LA KAWAN!!


    Posted at 08:55 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Tuesday, October 14, 2008
    YE!

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 9.51 pm
    Tar
    ikh: 15 Oktober 2008 / 15 Syawal 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: OK
    Keadaan diri aku: Hampir ok dah.
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Bila puasa. Perut mengecut. Nafsu membesar. Tapi, nafsu itu sekadar nafsu. Yang menampung makanan itu adalah perut. Jadi, makan tak boleh banyak Walaupun seleranya besar. Kalau tidak, habislah. Senak satu badan. Di rumah ini, EnO perisa halia ka, perisa limau ka, suma takda. Jadi, puas la duduk pun salah. Berdiri pun salah, baring pon rasa nak muntah. Bayangkan, jika aku puasa setahun? Fuh...... Maknanya aku hanya makan separuh atau suku dari apa yang aku biasa makan. Wow..cara yang hebat utk badan yang sihat (dan langsing? Hah!!) . Tapi betullah, puasa ini menjadikan perut lebih stabil, dan lebih ringan dan lebih jimat sebab tak boleh nak telan banyak. Fakta ini fakta lama. Tapi ini blog aku kan, so aku punye sukelah!

    Esok meeting di kuantan. Ape la admin. Meeting pukul 11.00 pagi. Tak kesian ka pada kengkawan aku belah2 lipis nun. Lipis kuantan 6 jam woooo.... nak bertolak pukul berapa diorang? 5.00 pagi? Huh... 2.00pm is just nice lah kan. Aku tak kisah sgt pasal meeting. Team PD aku dah bg banyak usul. Aku lebih teruja kepada hidangan esok. FUhh... ada tema raya ke ? hahaha....

    Ada sorang budak pompuan ni, dtg library dgn akaknye dan pakwe dia atau akaknye. Langsung dia nak guna pc. OK lah, aku kata, gunalah, kalau tak pernah guna, daftar je n bla bla bla. Bila sudah selesai proses , tetiba budak pompuan tu tanya kepada kakaknye dan pakwe dia or kakaknye, "Nak buat ape ni ek? Main game ke?" LOoooooooooooo... kang aku kata budus kang ko mengadu kat ketua kampung pulak. Kalo tak tau nak buat ape, takyah la guna pc tu dik non oii... Bebudak tu beratur nak pakai pc. Cume kekadang aku je tak berapa nak bagi. Sekrang ni dah siap satu silibus , no more games. Ko nak pakai pc, ko menaip. Taip ape? Adalah. Sume aku dah siapkan. "Hah..amik ni, taip. Buat sebijik mcm akak tulis. Ni asyik nak main game je kejenye." Dan selalunye budak2 ni tak menolak, sbb mereka ini pon teruja bila tau boleh buat TABLE kat word. Dan boleh edit gambar kat word. Ayat aku mcm biasa "Asyik main game je kejenye, buat mende senang ni pon tak tau." Dan budak pompuan tu, mmg aku kureng sket. Muke berlagak. Tapi sbb dia selalu dtg bergeng, aku pon malas la nak kereks. Tapi kalo ko dtg sorang2 hahahaha..mau aku sergah!! HAHH!!

    Lepas tu, ada sorang ni. Tak habis2 nak mengAYat. Lo haii.. jgnkan aku, sbb aku suke buat muke empatbelas bile org ni masuk, budak umur 14 tahun pon nak dingoratnye. Hek elehh.. kalo ko tu mcm Fahri, (ehem..su jgn mara aa) aku tak kisah. Ini, dah la duda, pastu perasan macho, gentleman la kunun. Hek eleh... podacitt!! Ckp pon ala2 romantik je konon, tiap kali masuk je dia ni, mmg aku nyampah. Isk isk..tenSIon!

    Lepas tu, ada sorang ni. sebaya adik aku. Keje dia ape? BUkan sorang la, dia n kawannye. DOk mendownload ringtone, wallpaper n theme utk enset. Looo.. kalo aku bukak library tu sampai subuh pon, gerenti dua orang mamat ni duduk la depan pc tu kalo boleh semua dia nak downloadnye. Inilah dia, bile bab2 ni, sibuk, tapi bila bab buat resume, terkial2 tekan keyboard, lepas tu nyusahkan aku. Heh... 

    ErM...ape lagi ye. Manusia2 yg aku sebut atas tu pon lately ni je yg rajin mai library. Ape sal ntah. Kalo nak khianat, aku tutup je internet. Hahahha..senang tak? 

    Jua ajak pegi umah dia harini. Tapi aku pose lagi. Ingat nak pegi malam, tapi kalo dah malam tu, duduk umah aje le. Kalo dekat, aku pegi la kot. Ini, tak dekat. tak jauh. Hehehe.. 2 jemputan aku tak dpt nak pegi. Satu lagi umah ira, kengkawan, lain kali, kalo nak ajak pegi umah terbuka, ajak la awal sket. Awal sehari ke. Ini, aku dah niat puasa. SMs jemputan dihantar pukul 11.00 pagi. Ape ce? Takkan nak bukak pose lak kan?

    AKu dah malas la nak baik-baik sangat dgn orang-orang ni. Nanti macam cerita dia jaja. Jaja sana, jaja sini. BOsan tau bosan. AKu tak cerita apa-apa pun pasal ko, sbb aku ni jenis yg malas nak ambik tau hal org. tapi tetibe, cerita pasal aku ada je. Sebab itu aku dah malas nak berbaik-baik dgn orang-orang ni. Kadang2 jadi kerek pon kire ok kan?

    Aku mintak tv3 udah udah le tayang sinetron indon. Yg latest ni yg paling hampeh la aku rasa. Dah la nama mcm nama ketua aku. Cerita lembab, ntahapeape. Balik2 itu la yg adooo... Dengki mengdengki la, kutuk mengutuk, lepas tu selalunye watak heroin n hero tu bodoh sbb ikut je ckp org. Mcm tak boleh nak pikir. Tolong ye tv3, kasi letak cerita lain pulak. Cerita tailan dah lama tak main kan? Cerita melayu pon ok gak. Cerita jepun lagi best. Cerita filipino pon best. Cerita indon aku dah muak nak muntah. Tolong ye tv3?

    ErM...ok lah. Aku nak tgk tv. Cerita ape la yg adooo ye?


    Posted at 08:51 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Wednesday, October 08, 2008
    cerita ini versi cerita syok sendiri eehh

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 9.17 pm
    Tar
    ikh: 8 Oktober 2008 / 8 Syawal 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: OK
    Keadaan diri aku: Demam Selsema
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Demam selsema. Kalau ikutkan, nak je amik mc esok lusa tulat tubin. Tapi nanti tak buka la library tu. pembantu aku gi kelantan. Sambung raya kat sana. Fuh...sabo aje la ye...

    Athirah n afiq. 2 org anak sedara aku yg aku tak jumpe2 lagi. Maklumle, taun ni beraya kat sabah diorang tu. AnakČ sedara aku dah makin membesar dan meninggi. Dalilah dah kalahkan aku. Sophia tu bakal la ikut jejak langkah sepupu dia. Yang lain2 tunggu masa je. Aku geng dgn yg kiut kiut je. Yang dah melepasi tahap kiut aku tak geng. Tak geng sbb dah tak boleh dukung-dukung n cium cium. Hehehe..geram wei budak kecik ni. Rasa nak cubiiitttt je kan.

    Najah sudah mau kawin. Tina juga sudah mau kawin. Nizar juga. Najibah pon. Tu semua kengkawan aku. Nampak gayenye banyak hari la aku menghalf day kan diri aku. Hahaha..

    Oh ye, terima kasih la sbb kasi surat itu pada aku. Terima kasih banyak2. Tak bukak pon takpe kan? Sbb mmg dah basah lencun kena ujan. Dari sampul je aku dah boleh baca isi dalam dia. Terima kasih la sbb kasi surat itu pada aku....

    Oh ye, abg aku ada cerita, masa dia ke sarawak, dia ada terserempak dgn team destinasi bajet. Aku kira masa episod dia kat sarawak tu la. Dan abg aku yg mmg minat rancangan tu, ape lagi, siap la bersalam n berborak bagai. Pengacara tu? Very low profile. Gambar? Dah namanya lelaki, tak teringat nak bergambar2 tu sume. Dan abg aku ada kasi baju, adam cakap kat aku, "Jauh tau adam nak beli baju tu, siap kena naik flight lagi auntie..." hahaha.. adam ni kire geng aku. Sbb besdei dia bulan oktober gak. SSuke bebetol dia bile tau ada org yg harijadinya jatuh sama bulan dgn dia. Malam last main bunga api tu, bila sesi nak tiup lilin, adam cepat2 cakap, " eh eh..ni lilin happy birthday utk adam n auntie tau.." dan kakaknye dan seppupunya jadi tukang nyanyi lagu happy birthday. Adam ni nakal ya rabbi. Kalau nak lawan bertekak pon boleh.  Malam raya pertama aku n budak2 kecik ni layan lord of the rings. Boleh? Sudahnye macam2 soklan si adam ni tanye, kenapa mcm tu, kenapa frodo tu kecik, kenapa pokok tu boleh bercakap, cincin tu kenapa kena musnah, gollum tu kenapa jadi mcm tu dan lagi dan lagi sampai aku pon dah tak tau nak cakap ape. Itu lah adam.

    Oh ye, pada sape2 yg msg kat tagboard, maap la wei, aku ni mmg dah lame tak membalas. Kalau tak balas, tak bermakna aku buat deekk je tau. Aku baca dgn penuh perasaan tau. CUme aku mmg malas je nak balas.

    Panadol solubel takde la pulak...ubat ape aku nak telan ni. Kuih raya ke?

     


    Posted at 08:16 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Monday, October 06, 2008
    Selamat Hari Raya

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 10.24 pm
    Tar
    ikh: 6 Oktober 2008 / 6 Syawal 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: OK
    Keadaan diri aku: Occay~!!
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

    Pada sapa2 yang tak salam aku, sori la beb, dia tak dapat duit raya. Hahahaha.. kejam ke? Tak la kan. Nak duit, pandai2 la salam aku. AHaks!!

    Raya meriah ke?

    Hari Pertama - Takde ape-ape.

    Hari Kedua - Pegi umah sedara

    Hari Ketiga - Kengkawan dtg umah

    Hari Keempat - Kengkawan dtg umah dan aku ke umah kengkawan sampai ke malam

    Hari Kelima - Duduk umah dan melantak biskut raya

    Hari Keenam - Kemas umah dan melantak biskut raya

    Hari Ketujuh (esok) - Pusing-pusing bandar (baca: jadi drebar mak aku)

    Hari Kelapan (lusa) - Rasa mcm nak stat pose

    Aku dah tulis banyak, tetiba aku rasa mcm takde mood nak updet.... apekeheinye yob!


    Posted at 09:24 pm by wai_on_7
    Comments (1)  

    Wednesday, September 24, 2008
    ALERGIK KE?

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 12.41am
    Tar
    ikh: 25 September 2008 / 25 Ramadhan 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: OK
    Keadaan diri aku: Occay~!!
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Gatal. Gatal sungguh. Fuh..ape yang aku makan? Isk..takkkan kot. TAKKAN LA KOT. Takkan aku alergik pada TELUR pulak dah!! Adoii..takkan sebab makan gulai telur tadi aku gatal gile ni. (baca : gatal = alahan. BUkan menggatal ye. Haha) Rugi la kalo camtu. Dah alergik pada telur pulak dah. RUGI LA BEB. RUGI. Gulai telur, telur goreng, telur mata, sambal telur, telur masak kicap, telur org kenduri kawin, telur dadar, sandwich telur. OoOoohhh..TIDAK. Katakan tidak pada telur? OOoooo..tidak tidak... tapi kalo sah sah aku mmg takboleh mkn telur, sahur kang, aku tak sentuh la gulai telur tu dah..mampos aku kat library tu kang. FUh ... Kot kot nak buat ujikaji mmg aku alergik telur pun, lepas raya la ye. Try satu hari aku pulun lauk telur . Mau bengkak satu badan ke tak??

    Su, amacam baju? Puas hati? AKu tak puas hati jalan2 pusing2 cari baju raya kat tmlh. BOsan beb. Design mmg la design baju kurung kan. Tapi yg aku suke, saiz takde. Huh... Sudahnye, aku tambah koleksi tudung jugak. Tudung tudung tudung. Tu je la kejenye. Tapi kalo emy yg dah pusing jln tar tu pun tak jumpe, maknanye ..ape maknenye tu? Ntah ... wei emy, ko pegi pkns nanti, ko tengok2 la ape2 perubahan situ. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan lagi tempat shopping masa tak berduit. Heh....pss..ape nama supermarket kat situ? Bukan Hari-Hari kan? AKu lupe dah.

    Raya nak dekat. Erm..nak raya mcm takde feel. Yg balik, yg bujang2 je la (baca: adik aku je la yang bujang perantau). Yang dah kawin, taun ni sume takde. Ape nak kate, org ada mak n pak mertua kan? Jadi, JADI? Jadi? Jadi aku takyah la bagi duit raya! Hahahah kan? Kan? Kan? Sebab, masa awal2 raya takde budak2 kecik. nanti, budak2 kecik balik sini, aku pura pura la bz keje. Sabtu ahad kan aku keje? Hahahahah..jahat tak?Tapi, kot kot mak pak budak2 kecik tu ada yang baca blog ni, tahun ni, kalo tengok warna duit tu bertukar, sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la ye. Yang penting, ikhlas. Ye dak??

    Fuh, posting kat g web mmg best. Tengkiyu la puan pemangku pengarah. Dapat jugak cuti ari jumaat tu. Kalo dpt sambung sampai ahad lagi best. Lepas tu isnin selasa cuti lagi. Hahaha.. takpe takpe, jumaat tu cuti. Sabtu tu aku beraya kat library je la. So, ada la 3 hari nak beronggeng bersama ghodong-ghodong. Pada ghodong-ghodong , dtg le umoh koi nyak. Cam biase, rombongan setat di umoh koi dulu. Lepaih tu baru le pikir nok gerok gi serbu umoh sape. Pada su, aok, dtg le umoh koi di!!

    Erm..tu je la. Selamat bersahur!

     

     

     

     


    Posted at 11:33 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Saturday, September 20, 2008
    Pendek gak

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 9.49 pm
    Tar
    ikh: 20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: OK
    Keadaan diri aku: Occay~!!
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Sian lah. Ade yang tak reti membaca. Ahaks!!

    Untuk makluman pada sapeČ yang selalu dapat duit raya dari aku, kalo aku rasa ko byk songeh dgn aku, dpt sikit tahun ni, jgn marah la ye. Heh..

    Er..Happy prepaid tu menggoda lah kan?ErM....

    Mlm ni ada qiammullail kat surau.

    Pada sapeČ yg rasa aku tak de respon apeČ, maap la wei, aku ni mmg jenis yg mcm tu, malas nak balas. (special utk chot ni.)

    Sekian.


    Posted at 08:48 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Friday, September 19, 2008
    Pendek je.

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: After isya'
    Tar
    ikh: 19 September 2008 / 19 Ramadhan 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: OK
    Keadaan diri aku: Occay~!!
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Next week last keje. Lepas tu cuti. Dan terus raya. Sekejap je ye. Sekejap. Sekejap sungguh.... betullah , bila dah akhirČ zaman ni, masa itu seakan lajunya sepantas menyalakan mancis api.....

    Ada jemputan berbuka esok. Esok? Kenapa Esok? Esok? Sini ke kuantan 2 jam. Berbuka dan ada majlis. Dan semestinya habis paling awal pun 10 malam. Nak balik? Ahad? Ahad itu kami kami budak desa ni bekerja. Hurm...admin tak bijak. Buatla ahad. Isnin n selasa kami cuti. Boleh cari barang-barang (baca:perabis duit) raya. Kan? Kan? Heh...Su budak2 ni cakap yg ada hanyala kurma, hamper n paper beg. Tu je, kain batik takde daa... masih mau pegi?

    ErM... kepala pusing lah. Malas nak taip. Hehe..


    Posted at 07:29 pm by wai_on_7
    Make a comment  

    Monday, September 08, 2008
    DULU

    Lokasi: Umah aku
    Waktu: 10.26 pagi
    Tar
    ikh: 8 September 2008 / 8 Ramadhan 1429
    Keadaan sekeliling: Biase
    Suhu: Sejuksss siot!!
    Keadaan diri aku: Occay~!!
    Lagu: Tak bukak winamp .

    Assalamualaikum,

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Buah rambutan itu, ada berbaki lagi. Dan sekarang, abah tengah mendaye saki bakinye. Mendaye? Ko sebut mendaye gak ke? Mendaya atau mendaye. COntoh ayat. "PEgi lah daye rambutan tu, boleh makan ramai2." Aku rasa ko pon sebut daye gak ye? Ntah.

    Puasa. Ok. CUme time keje tu mcm mati kutu sket sbb tak boleh makan. Hah! Tak tak. AYat tu tak betul. Mati kutu sebab budak2 ni suka bukak Majalah Saji, Majalah Wanita Majalah Rapi dan tunjuk n baca kuat2 resepi yg ada. LEpas tu pegi amik buku masakan yang tebal2 tu sume. Bayangkan, satu hari dok ngadap gambar makanan. BErapa kali telan air liur tok sah nak cakap. Fuuhhh...  KO tau la kan, gambar2 makanan dlm majalah n buku2 tu sume menarik tertarik dan da bomb. Takpelah, nanti aku nak buat aktiviti yang berpekdah . Nak sambung AL-Kuliyah pulak. Sabtu aku dah bagi al-kuliyah kat bebudak ni. Ahad je aku malas nak bagi sbb aku ada keje, tengok2 budak2 ni pulak bagi al-resepi kat aku. HEh...

    Semalam makanan adalah dari bazar ramadhan temerloh. Ok? ErM. Bubur lambuk dia banyak sangat lada hitam. Aku rasa takde yg boleh lawan kg. baru punye bubur lambuk. Mmg the best in the world lah! Roti john? ErM...telur je banyak. Tepung pelita? Air gula takde, best lagi pasar malam kg. aku punye. Kebab? ErM..isi dia mcm kurang masak. Popia basah? ErM.. ni ntah ape2 punye isi dalam. Nasi minyak? Ok lah. AKu suke gak la tapi dalca dia cair mcm kuah asam pedas. Air katira? Hehehe..best. AKu suke.

    Mak aku cakap, lepas ni takyah beli dah. Haritu, aku n keluarga pegi makan kat restoran di atas puncak. Su, aok tau la kan restoran ni. ErM, tapi tak le best mana pon. Famili aku mmg jarang mkn luar. JARANG SANGAT. Selalu mak masak. Tak pon aku masak (masak air). Lepas makan kat puncak tu, akak aku cakap, agaknye org yg cakap sedap makn situ mesti mak dia masak tak sedap. Hahahha.. ha ah. ye la kot. Org yg selalu makan kedai ni mesti tak reti masak, atau mak dia masak tak sedap, atau mmg dia atau mak dia malas masak. Nak kata ape, mak aku mmg masak sedap. Ataupun mmg lidah aku dah biasa dgn masakan mak aku. Nak kata ape kan.... Dan paling best adik aku. Kalau dia balik, automatik menu jadi grand. Nasi minyak, esok nasi ayam, esok lagi nasi tomato, pastu petang tu mee goreng hailam, petang esok kuew tiow goreng. Wow! So adikku, selalulah balik sini.

    Time pose ni, aku rindu la cerita rumah kedai. AKu rindu la kat tapa n ape ntah watak harun salim bachik tu. Best. Cite drama dulu2 mmg best. DUlu kieran...dulu...


    Posted at 09:25 am by wai_on_7
    Comments (1)  

    Previous Page Next Page